Akan tetapi semua peserta pada hari tersebut telah berjaya menakluki hingga ke R&R Genting Sempah. Inilah semangat yang kita mahukan, berkayuh hingga ke titisan peluh terakhir!! ekekeeke....
Persiapan seawal jam 7:00 pagi oleh peserta. Masing-masing bersemangat berkobar2 bercampur gelisah kerana ini ialah kali pertama menaiki bukit genting sempah. Azwa antara peserta terakhir yang menyatakan persetujuan untuk menyertai misi kali ini. Kamarul dan Azni pula terlepas peluang kerana ade urusan lebih penting.
Terima kasih Sany kerana belikan nasi lemak.
Kita makan dulu...
Technical advisor meneliti pemasangan basikal
Berehat seketika di KM 10
Kayuhan berhenti di KM 10 untuk berehat seketika sementara menunggu kesemua peserta sampai. Jalan mendaki tetapi tidak terlalu tinggi slope jalannya.
Ok..lets go geng...
Berhenti di KM 14 sementara menunggu geng lain
"Ok geng ..lps ni slope bukit agak tinggi sejauh 2 km, jangan push sangat..maintain sahaja sampai puncak"
KM 16 di puncak bukit Genting Sempah
amacam? ok ke gambo aku ni?
Hilmy & Sany
Azwa & Yus di R&R Genting sempah
Hazhar, Zul, Arif, Wak dan Shukor meneruskan perjalanan ke kampung Janda Baik. Kami dihadiahkan dengan downhill sejauh 6km.. mmg best.. sampai di simpang tiga masuk ke kampung janda baik terpaksa pula memanjat bukit yang agak tinggi. "tak de hal lah bukit ni... sikit jerkalau nk banding naik ke Genting Sempah td"
"Nasi Lemak... Nasi Lemakk...Tak sesat dahhh"
"tgk.. pakai selipar jer.. dah byk kali sampai sini"
aikk...dah ringan ke beskal?
Kayuh punya kayuh.. sampai lah ke destinasi terakhir iaitu Andak Place Jungle Cafe, Fuhhh terbayang nasi lemak sambal hijau yang sering dicerita oleh hazhar.. Slluuuppp!! terliur aku..
Nasi Lemak
Sambal hijau
Nasi minyak
Rendang ayam
Tea O suam satu!
Makan sambil mendengar lagu2 60-70an bersama bunyi airterjun buatan.
Nasi lemak sambal hijau yang di gembar gemburkan.. Slluuppsss!! Terbaekkkk!!
Cameraman control macho tuuu....
Selesai makan kami pon berangkat pulang. perjalanan tidaklah seteruk yang disangka.. tadinya downhill sejauh 6 km, ni nak melawan arus pulak.. kayuh tetap kayuh... sehinggalah di puncak bukit genting sempah.
Tinggi bukit nih... berehat amek nafas jap!
Hazhar
Selepas itu kami melayan downhill sejauh 16 km hingga ke parking. memang seronok kayuhan kali ini.
Jarak keseluruhan perjalanan kali ini ialah sejauh 56KM pergi dan balik. semoga kedatangan kali kedua nanti, semua ahli dapat join hingga ke Janda Baik..
akhir kata
Piece to BeskalMadu
Terbaik!!!
ReplyDeleteKepada kawan2 yg blum try sambal hijau, sila lah kayuh ker Janda Baik, next time...
X rugi kayuh, ganjaran nyer.. Nasi Lemak Sambal Hijau.... hahahaha!!!!
betul ke zul...xmenyesal kayuh ehh....ekekeke
ReplyDelete