Gombak to Kg. Janda Baik Ride - 19 Mei 2012

Kayuhan ke kg. Janda Baik semakin mendapat sambutan dikalangan geng BeskalMadu. Mereka terdiri dari Lutfee, Shukor, Wak, Gerry, Azizul, Nasrizam, Arif, Anuar, Azni, Azwa dan yusri. Bermula pada jam 8:00 pagi dari hospital orang asli Gombak. Ketika sampai di parking pada jam 7:30 pagi, kelihatan kereta azwa sudah berada disitu. Bila di rasa pada bonet kereta, agak suam2 kuku panasnya ...ini bererti sudah lebih setengan jam kereta ini berada disini. perghhh mmg betul2 dia kayuh awal tuuu... kelas mu wa.. Gerry,Azni dan Nas pertama kali berkayuh di Genting Sempah.

Kami mula berkayuh pada jam 8:00 menuju ke puncak bukit Genting sempah untuk berehat seketika dan akan meneruskan kayuhan ke kg. Janda baik. Yus dan Gerado memulakan kayuhan sementara yg lain menunggu ketibaan azizul. Ketika zizul sedang bersiap, kelihatan anuar sampai dari sg. Pusu.. berkayuh dari rumah katanya. Bila semua dah bersedia kami pon mulakan kayuhan, cuaca hari ini agak panas berbanding dua minggu lepas. Arif bermula agak laju bersama nasrizam dihadapan aku...hehe jenis ni memula mmg laju...tgu jap lagii.... Wak,lutfee,aku,anuar,azni dan zizul bergerak dalam satu group agak kebelakang sedikit dengan mengenakan rentak berkayuh secara santai. Banyak pulak lori pengangkut balak hari ini, tetapi mereka sudah biasa dengan geng2 basikal dikawasan ini. sekali sekala kedengaran bunyi horn untuk memberi isyarat mereka ada di belakang. Bagus abang2 driver nih.. jangan dia ambik lap makan jalan dah ler.. risau jugak kadang2 aku memikirkannya pasal lori nih..

Lutfee bersemangat meninggalkan ariff.. tunggu aku weiii !!

Tiba di km10, arif dah mula perlahan kerana keadaan cerun sudah agak tinggi.. hehehe ada peluang nk potong mamat ni... aku mengekori dalam satu km dan memotong beliau dan diikuti oleh nasrizam.. sampai di km 12 kelihatan yusri yg agak keletihan ketika memanjat bukit... Gerry berada 200m dihadapan beliau... kuat jugak kayuh walaupon baru pertama kali berkayuh disini. Tiba-tiba Azwa muncul dari arah bertentangan.. "kawe sampai atas dah td.. nok balik ni .. ada hal... nok ambik ayoh kawe.." sambil melambai2 kan tangan ala2 model gitew... ekekeke awal tu sampai... pukul 7 gamok nyer dia start kayuh... Aku cuba kekalkan rentak kayuhan hingga ke puncak bukit Genting Sempah hinggalah sampai di selekoh terakhir, teringat plak kam mintak berhenti kt sini dua minggu lepas..mcm nk muntah katanya.. Akhirnya aku sampai di puncak bukit dibawah flyover setelah berkayuh tanpa henti selama 1 jam 5min. ok jugak masa ni...kena perbaiki lagi untuk kayuhan seterusnya.Tidak lama kemudia derang sampai dan masing2 bercerita pengalaman ketika berkayuh tadi. 


Gerry.. First time ride with BeskalMadu 

Steady je brader Azni sampai puncak..

Bukti di garisan kuning


Berehat sebelum ke Janda Baik

Setelah berehat selama 10 minit.. kami pon bersiap sedia untuk bergerak ke kg. Janda Baik. Azni dan Anuar tidak menyertai kami kerana ada urusan.. lain kali katanya. Kali ini melayan Downhill sejauh 7 km...perghh mmg best...laju jer.. hurmmm nk balik karang tau lah korang..haha.. sedang syiokk melayan downhill, ternampak yus berhenti. ketika aku melintasi dia sempat lagi tanya "ok tak? " dia menunjukkan thumb up bermaksud ok lah tu. setibanya di persimpangan ke kg. Janda baik, aku terus kayuh hingga ke puncak bukit yg agak tinggi.. ada dua lagi bukit hingga lah ke simpang kg. Cincin. Sambil menunggu arif,naz dan lutfee sampai, incomming call dari wak dan bertanyakan sama ada yusri sudah sampai ke belom... aduss.. mesti dia tak masuk ke simpang kg.Janda Baik tadi... aku call yus minta kedudukan beliau melalui Whats app...memang benar telahan aku... yus dah terlajak 7 km dari simpang tadi... Aduyaii Yuss nk pegi Colmar bukit tinggi ke? apepasal ko xmasuk simpang tadi...hikhikhik... setelah memberitahu lokasi, aku arahkan yus berpatah balik dan naik ke kg. Janda Baik.Kami meneruskan kayuhan melalui tepi sungai hinggalah ke Andak Cafe.


Punya lah penat... sempat lagi baring.. ekekeke

Sampai je di situ.. nasi lemak dan lauk sudah habis... aduhh cemana ni... aku mintak brader kedai tu masak sambal hijau.. jauh datang ni bang.. mmg sporting lah brader ni...derang akan masak dan suh kitaorang tunggu sebentar.. Setelah makan dan berehat seketika.. yus menghantar sms mengatakan beliau baru saja sampai di simpang masuk ke kg ni.. jadi kami mengarahkan yus supaya menunggu kami di Genting Sempah sahaja. Tak pe yus dan gerado.. next ride kita singgah sini pulak..huhu

Penat ke ?? hehe..

Aikk.. takkan termenung bang?? tak sanggup nak balik ke.. Teksi please..


Lapo siott... kita makan duluuu....

Perjalanan balik dari Janda Baik hingga ke Genting Sempah sejauh 12km mengambil masa lebih kurang 45 minit kerana kayuhan mendaki.. cuaca panas menyebabkan kami agak cepat keletihan. Dipahamkan zizul berhenti byk kali akibat kekejangan otot.. huhu nk kena bykkan lagi kayuhan memanjat bukit tu bang..
Sampai di McDonnal aku call yus.. dia mintak kitaorang jalan dulu sbb dia baru sampai dan sedang makan.. kesian ko yus..tapi semangat masih kental..syabas buat yusri dan gerry. Aku teruskan memanjat bukit yg tinggi dari bulatan hingga ke puncak.. fuhhh berhenti dua kali jugak nk sampai puncak.. tak nak paksa sangat takuk cramp... langsung tak boleh kayuh nanti.. lepas tu melayan downhill sejauh 16km seorang diri.. lama pulak rasanya nak sampai parking ni...


Cramp di garisan penamat... spray bang jangan xspray..

Spray yg maksudkan

"Aku cramp byk kali" luahan abg baju merah.. "hahaha" jwb abg baju hijau

TFS 700 akan beraksi lagi utk next ride

Mana si yus ni...

Gua sampai!! Yeehaaaaaa!!

"Minum air gunung skali..." katanya


63km jauh keseluruhan perjalanan

Yus peseta terakhir sampai dan kami pon berkemas dan beredar ke destinasi masing2. Sehingga berjumpa lagi di kayuhan akan datang.

Akhir kata

Piece to BeskalMadu

FRIM Ride - 12 Mei 2012

Memandangkan minggu lepas dah layan genting sempah, jadi mgu ni kita ke offroad lah pulak... lokasi kali ini ke FRIM lagi.. Bermula seawal jam 8:00 kami menyusuri Bujang Trail.. sesi memanaskan badan sebelum ke Rover Trail... semuanya bermula ngan baik. Shukor,Azwa,Yusri,Nasrizam,Arif,Sany dan Hilmy antara yang menyertai kayuhan kali ini.. hurmmm lama dah takde full attendant nih... geng lain please adjust masa skek utk full attendant...

Gambar Hiasan


perghhh...bersemangat gilerr..siap stretching bagaii..



Turun dari Bujang Trail

Selesai layan Bujang Trail, kami pon menuju ke Rover Trail. Trek mendaki yg agak panjang lebih kurang 2km. Arif mendahului kayuhan sehingga ke simpang Bujang Trail, kami berhenti seketika untuk menunggu semua geng sampai.Seterusnya jalan agak mendatar dan sekali sekala mendaki hingga ke persimpangan tangki air. Kemudian kami bergerak naik keatas.. slope yg agak tinggi untuk mendaki hingga ke Tangki Air.


Gaya tersendiri selepas berhempas pulas mendaki bukit Tangki Air

10 meter pecutan terakhir


Gambar kenangan di bukit Tangki Air

Setelah berehat sambil bergambar kami pon bergerak turun dan seterusnya mendaki bukit untuk ke simpang tiga sebelum menuju ke sg. buloh. ketika menunggu di simpang tiga azwa call bgtau dia xdpt meneruskan kayuhan kerana rasa xsedap badan.. setelah yus tiba kami bergerak ke sg buloh menyusuri single trail hingga ke puncak jirat cina. Turun dari jirat cina menghala ke kedai yang selalu kami lepak, ternampak 2 pekerja indonesia mengejar sesuatu di dalam semak berhampiran jalan. Sampai saja di tempat kejadian dua orang tadi mengangkat seekor ular sawa ygng panjang nya lebih kurang 3 meter. Mak aii.. beso tuu... sempat jugak kami bergambar dgn ular tersebut.. seterusnya kami bergerak ke warong utk minum dan berehat.

Nas dan Sany mendaki bukit jirat cina 

Tuan kepada ular sawa berbaju warna biru


Selesai makan kami meneruskan kayuhan menyusuri single trail untuk ke FRIM.. Mendaki yang agak panjang sekali sekala jalan rata hingga ke simpang tiga. Kemudian bergerak ke Aroma Trail melalui downhill track. jalan arini agak keras, melambung beskal aku... Aroma Trail ni mmg trek kegemaran hilmy.. tidak puas hati kalau ke FRI tp tidak layan Aroma trail...ekekekek.


Walaupon tidak berbaju tp masih menutup aurat...ekekeke

Sebelum turun ke Aroma Trail

Lepastu apa lagi..kayuh ke kedai lah utk makan...setelah makan, jam pon sudah menunjukkan pukul 12:50 tengahari, kami berkemas dan bergerak pulang ke destinasi masing2..

akhir kata

Piece to BeskalMadu 

Genting Sempah 5 Mei 2012

Kali tidak ramai yang menyertai kayuhan, Azwa, Yus, Shukor, Azizul, kam dan Lutfee. Sany cancel di saat akhir kerana ada urusan keluarga. Bergerak dari kampung batu dua belas jalan Gombak pada jam 8:00 pagi. Hari ini adalah pengalaman pertama kali berkayuh di Genting Sempah buat Kam dan Azizul. Azwa, Yus dan kam bergerak dahulu dan selang 10 minit barulah di ikuti oleh Shukor, Azizul dan Lutfee. Sampai di kilometer 6 kelihatan Yus dan Azwa berhenti seketika mengambil nafas... sampai kt derang aku pon tanya "kam mana?".. "laju kam tadi.. makin lama ..makin jauh dia tinggal kitaorang" katanya azwa... dalam hati aku kata "aik laju betul si kam nih... try kejar tgk... bole ke.. xpe2 kayuh dulu.."

Technical advisor suruh yus tukar seat..

Muka baru bangun tido..

Ada dua road bike melintasi selang 2 minit dari tempat aku bertanya dengan azwa... haaa try follow skali mamat dua ni.... mak aii...laju dia kayuh... puas jugak nk mengekori kt jalan rata... bila sampai bukit barulah ade peluang nk dekatkan jarak. sampai di km10 nampak kam tengah panjat satu bukit kecil... bila sampai jer di belakang dia.. terdengar suara .. "aku rasa nk muntah laa"... isk3 ni mesti kes xmakan pagi ni...xpon makan pagi td kurang dari setengah jam sblm kayuh... so geng2 lain sila pastikan anda semua makan atlease setengah jam sblm berkayuh... jangan melantak plak...ade tolak beskal nnt..hehe. hampir nk berhenti nampaknya kam ni.. tapi aku kata berhenti di km12.. so nak xnak dia pon kayuh dalam paksaan...hahaha..

Selesai berehat beberapa minit kami pon meneruskan kayuhan, Kali ini target ialah line kuning di puncak bukit Genting Sempah. Kayuhan semakin berat rasanya ketika menghampiri ke km13.5.. akhirnya kam memberi isyarat hendak berhenti.. nk kasik rest kaki skek katanya.. kayuh pon rasa macam nk tido... uighhh...pelik beno tebiat mamat nih...kekeke.. bila hendak menyambung kayuhan kelihatan azizul sampai bersendirian. Fuiyoo.. xkayuh 2 bulan still bole kejo...perghh kelas ko zizul... ni kalau 2 kali lagi naik sini, mau sejam jer dah sampai atas.. Tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan berbaki lagi 2.5km. Jalan masih lagi mendaki dan sesekali rata.. ketika sampai di km15.5 kam nampaknya seolah2 xleh tahan dah kepenatan...dia mintak berhenti sekali lagi... rasa nk muntah lagi...huhu.. ok ok kita rest kejap...


Kepenatan katanya

"aku pon nk duduk lah"

Bila nk start sambung kayuh.. dua orng ni bertanya "tinggi lagi ke bro?" aku pon uighh jauh lagi nk panjat bukit nih.. ade banyak lagi bukit mcm tadi.. lbh kurang dlm 2.5 km lagi laa... dua2 muka blur jer aku tgk...wkakakaka.. percaya dlm terpaksa... mula jer kayuh aku terus kayuh dengan laju tinggalkan derang... sampai depan tu aku pon pusing balik.. sampai jer kt derang aku kata dh xjauhh dah..sikit jer lagi.. masa tu jalan pon dah flat.. tgk muka dua orang tu mcm xpercaya jer..."betul ke ni bro?.. td kata ade byk lagi bukit?? ..ehhh ye ke dah sampai ni...?" aku pon jwb.."ho laaa.. xkan xcaya plak"... dengan seraya kam ponnn berkata..."ooo camtu jer bukitnya...urmmphhhh selamba laaa..." cehh kerek laaa bila dah sampai...td mcm nk haper je aku tgk.. kahkahkah

Akhirnya setelah 1 jam 40 min kami berjaya sampai ke garisan kuning ... kam dengan lagak superman melintasi garisan kuning... azizul bersahaja nampaknya... setelah setengah jam aku dapat panggilan dari lutfee bahawa beliau berpatah balik kerana seat postnya tercabut screw... akibat dari kehilangan screw itu maka seat lutfee berkedudukan Cokeng...hehehe.  setelah di beri bantuan oleh azwa maka lutfee pon berayuh balik walaupon berkeadaan Cokeng... kekeke

"Cepat amek gambar.. superman nii..." 

akhirnya sampai juga

che wan & azni.. ni dia line kuning tu... kami dah sampai... ekekeke


Tidak lama kemudian kelihatan anuar bahari bersama rakan2 dari Sg Pusu. menyusul 5 minit kemudian yus dan azwa.. berehat hampir 15 minit kami pon berpatah balik ke tempat letak kereta. kali ini melayan downhill sejauh 16km... mmg best..

Sampai di parking kira2 20 minit kemudian.. semua berkemas dan pergi lepak makan tengahari di hadapan UIA.Selesai makan kami pon pulang ke rumah masing2..

siap ada penjaga kereta tuuu..

Yes... I did it.. jadi x spek mata aku ni?


Bravo!!

Cantik tu Estima dia...

TFS dah park dan ready utk pulang

Sayang keta..alas dulu ye bang...

Kancil pon bole masuk dalam jugakk..tapi ttp alass..

Madu.. madu.. sape nk beli madu? PM me for price..

akhir kata  
  
Piece to BeskalMadu