Gambar Hiasan
perghhh...bersemangat gilerr..siap stretching bagaii..
Turun dari Bujang Trail
Selesai layan Bujang Trail, kami pon menuju ke Rover Trail. Trek mendaki yg agak panjang lebih kurang 2km. Arif mendahului kayuhan sehingga ke simpang Bujang Trail, kami berhenti seketika untuk menunggu semua geng sampai.Seterusnya jalan agak mendatar dan sekali sekala mendaki hingga ke persimpangan tangki air. Kemudian kami bergerak naik keatas.. slope yg agak tinggi untuk mendaki hingga ke Tangki Air.
Gaya tersendiri selepas berhempas pulas mendaki bukit Tangki Air
10 meter pecutan terakhir
Gambar kenangan di bukit Tangki Air
Setelah berehat sambil bergambar kami pon bergerak turun dan seterusnya mendaki bukit untuk ke simpang tiga sebelum menuju ke sg. buloh. ketika menunggu di simpang tiga azwa call bgtau dia xdpt meneruskan kayuhan kerana rasa xsedap badan.. setelah yus tiba kami bergerak ke sg buloh menyusuri single trail hingga ke puncak jirat cina. Turun dari jirat cina menghala ke kedai yang selalu kami lepak, ternampak 2 pekerja indonesia mengejar sesuatu di dalam semak berhampiran jalan. Sampai saja di tempat kejadian dua orang tadi mengangkat seekor ular sawa ygng panjang nya lebih kurang 3 meter. Mak aii.. beso tuu... sempat jugak kami bergambar dgn ular tersebut.. seterusnya kami bergerak ke warong utk minum dan berehat.
Nas dan Sany mendaki bukit jirat cina
Tuan kepada ular sawa berbaju warna biru
Walaupon tidak berbaju tp masih menutup aurat...ekekeke
Sebelum turun ke Aroma Trail
Lepastu apa lagi..kayuh ke kedai lah utk makan...setelah makan, jam pon sudah menunjukkan pukul 12:50 tengahari, kami berkemas dan bergerak pulang ke destinasi masing2..
akhir kata
Piece to BeskalMadu
siap ada expansion loop tu ular sawa...
ReplyDeleteUlar sawa tu penunggu jalan FRIM tu, sape x bayar, dia ngap..skali.. haha
ReplyDelete