Acara pemanas badan ini disertai oleh Shukor (Mr.Prez), Zul, Kam & Azwa. Seawal 6.00 pagi kami semua sudah bangun, akan tetapi cuaca di luar sana masih lagi hujan.
Aku tanpa membuang masa terus masuk kan basikal ke dalam kereta dan terus bergerak ke Genting Sempah. Sambil menunggu kawan2 sampai, aku breakfast dulu di Petronas jalan Gombak.
Sampai sahaja aku di tempat letak kreta (tempat biasa) aku terus warm up pergi ke tempat Lynas berkumpul. Pada hari yang sama, Lynas ada membuat protes berjalan kaki ke tol Gombak.
Setelah Shukor, Kam & Azwa sampai, kami semua berkumpul di bawah pondok kerana hujan masih lagi turun. Kemudian Hazhar dan kawan nyer rupanye dah ade plan nak kayuh jugak hari tu.
Geng Lynas dah berkumpul kat Genting Sempah
Kayuhan santai oleh Kam, Azwa & Shukor.
Mr.Prez kata, 'skit lagi, skit lagi' kata2 hikmah tuu..
Sampai sudah...
Sampai di atas, aku dan Shukor mengambil masa selama 1 jam 16 min untuk sampai ke 'Line Kuning' Genting Sempah. Tak ramai orang yang kayuh pada hari ni, mungkin sebab hujan.
Video kena amik, jgn x amik...
Akhirnye sampai jugak ke garisan kuning (camera kabur sbb still dlm plastic)
Beskal hijau ni baru saje siap di pasang, body carbon fibre.
Aku dan Shukor menunggu Kam & Azwa selama lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Genting Sempah.
Tapi kami tak berapa kisah, janji kayuh n sampai ke destinasi, itu yang penting.
Akhirnya sampai jugak... Gear Dua je tu...
Tahniah Azwa & Kam, walaupun sudah lama tak kayuh, tapi performance still mantap.Menggunakan hanya gear dua (FD) sahaja utk panjat Genting Sempah... Wow!!!
Kam cakap tadi ade org asli (gile kot) macam nak keja aku, aku pun patah balik, nasib ade azwa teman kan... |
Setelah selesai mendaki, acara downhill yang menjadi idaman semua cyclist Beskal Madu.
Sampai di pondok tadi, kami pun bersiap untuk berangkat pulang.
Akhir kata, Kayuh lah untuk kesihatan dan bukan kerana terpaksa. Peace...
No comments:
Post a Comment