Bukit Pelindung Ride - 7 Feb 2012

Hutan Lipur Bukit Pelindung terletak dalam Hutan Simpan Beserah yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Mempunyai persekitaran hutan yang nyaman dengan pelbagai flora dan fauna serta pemandangan Laut China Selatan di sebelah timur dan pemandangan Bandar Kuantan di sebelah barat tentunya melapangkan fikiran. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti merentas denai hutan dan jogging disamping itu pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Selain itu, pengunjung yang datang ke sini juga boleh menggunakan kemudahan denai hutan yang hanya mengambil masa 45 minit berjalan kaki yang menghubungkan Hutan Lipur Bukit Pelindung ke Pantai Teluk Chempedak.

Terletak 5 km dari Bandar Kuantan, melalui Jalan Beserah atau Jalan Teluk Sisek.

Hari ni hanya aku dan wak sahaja mewakili BeskalMadu ride di Bukit Pelindung. Jam 9:00 aku sampai di rumah wak dan kami terus bergerak menuju bukit yang hanya terletak 2 km di belakang rumah wak.. best jugak trek ni. Bole tembus ke Teluk Chempedak. First time aku masuk Trek ni.. wak dah berkali2.. tu sebab dia laju semacam jer...


 Mula bergerak

Bermula offroad

Tiba di pantai.. jalan berpasir..beratnya nk kayuhhhh... 

Gambar bahan bukti berkayuh...haha 

Setelah kayuh didalam hutan, keluar pulak di pantai. sambung balik masuk hutan.mmg menarik trek ni, pendek tapi bukit agak tinggi. Downhill pon menarik. Wak selamba dengan lajunya melompat sana sini...risau aku tgk...tup! tup!

Oittt nape tu...!! aku kata dah jangan laju sangatt...
Wak terjatuh setelah membuat lompatan ketiga 

Uikk!! patah dah... "beskal baru...beskal baru" 

 Tiba di Teluk Chempedak





Ada McDonnal's 

Ada KFC, Burger King pon ade...

Selesai berehat seketika, kami pon menuju ke kaki Bukit Pelindung. Sampai je disana, Tgk pencawang di puncak bukit tu... fuhhhh... sayup jugak tingginya..

Menuju Puncak.. oyeaa...hahaha!

 Jalan utk mendaki

Sejam kemudian sampailah kami disini...perghhhh....penat giler rasanya... Oleh kerana pertama kali naik dan badan tak cukup fit maka berkali jugak lah berhenti amek nafas...  



Map

Keseluruhanya mmg menarik... kami akan datang lagi kesini. Bukit Pelindung.. Tunggguuuuuuu!!!



2 comments:

  1. Mcm best jer ride atas pasir ni. Aku rasa lg berat dr naik bukit ni... Good job.

    ReplyDelete
  2. mantop wakkor.. entri yang menarik..

    ReplyDelete