Genting Perez 23 June 2012

Atas permintaan abg Wan Saufi maka geng beskal madu pon ke Genting Perez sekali lagi. Memang bersemangat abg pi hari ini disbbkan dah 2 bln tidak berkayuh. Turut sama meraikan kembalinya abg pi ialah Technical Advisor Azwa, jurulatih penafasan Hilmy, Pakar sprint Azni dan Safety Engineer (loss prevention) Zul.

 
buat ape tuuu...

"aduhhh.... gana pulok nk masukkang natang ni"  

" pegang dua tangan... kaki pijak kemah skek... badan bongkok kan sikit.. pump slow2.."

Bukan sembarangan jentera .. TREK Tuuuuuu...!!!

"Demo tgk... ni keno straight molek...baru lock... kala dok disc bunyi bergesel bilo kayuhh.."

 Bermula seawal jam 8:45pagi, hilmi memulakan kayuhan dgn laju kehadapan dikuti oleh azni. Azwa membuat cubaan utk mengekori azni serapat mungkin hingga ke simpang tiga. zul berada di belakang bersama abg pi kita. Sampai di km 9 Azni kelihatan berdiri untuk mengekalkan kayuhan, jalan agak mendaki. Azwa nampaknya seakan2 tidak berpuashati, beliau berdiri sambil mengekori rapat. sekali kekala memandang kebelakang untuk melihat zul dan abg pi dan kali terakhir beliau memandang hanya zul yg kelihatan. Sambil memperlahankan kayuhan "abe pi mano?" tanya beliau pada zul.." ntah.. kt belakang kut...td ade" dengan seraya zul menjawab. Azwa memperlahankan rentak dan berhenti menunggu ditepi jalan. tidak lama kemudian kelihatan abg pi sampai dengan muka merah padam kepenatan dan memberi isyarat pada azwa yang kaki beliau cramp.. Azwa berkata "tinggal sikit je lagi... dekat dah simpang tiga tu.."mcm biasa dengar jer ayat ni...hehehe.. Abg pi tidak sanggup kerana kakinya berasa makin sakit.. "Ye dokkkk cramp nihh".  Akibat dari itu azwa memutuskan untuk berpatah balik bersama abg pi sebelum keadaan lebih buruk berlaku. Sementara Azni, Hilmy dan Zul naik ke puncak bertiga sahaja.

Cramp kea?.. nampak ok jer... 

Di simpang tiga sudah ada gerai menjual peralatan basikal.

Brader ni nk jual ke nk ngejas... sedak dohh berase!!

Kayuhan naik ke puncak mengambil masa 40 minit dibuat Azni dan 45 minit oleh zul. Hilmi behenti di Air terjun kerana rasa hendak pitam katanya.. Mau tak nya, dari starting sudah pecut laju hingga ke simpang tiga. Sila baiki masa tu zul... setengah jam please...

Tiba di puncak setelah 40 minit kayuh tanpa henti.

Berehat sambil menunggu Hilmy..

"Pakai gear ni En.Azni naik tadi.. kuat betul kaki dia.." zul berkata dlm hati

Hilmy & Azni di Air terjun yg dimaksudkan

Laaa beskalnya mana??

Azwa dan Wan Saufi pulang awal setelah berehat minum di pekan batu 18. Tidak mengapa, biasa lah kalau dah lama berehat. Otot2 pon tersentap dan terkejut bila kita start kayuh balik. Sekian untuk kayuhan minggu ini... Sehingga berjumpa di JW MTB Jamboree 2012. Diharap semua peserta BeskalMadu membuat latihan terakhir minggu hadapan ontuk mengekalkan kekuatan kayuhan.

Akhir kata

Piece to BeskalMadu

No comments:

Post a Comment