BeskalMadu ke Damansara OffRoad - 25 Feb 2012

Bermula dari Restoran Natam kami berkayuh menuju ke tangki air di jln jabor. Naik bukit agak panjang dikelilingi hutan. Kemudian bermula lah offroad melalui ladang sawit, kami menaiki bukit dan melalui bukit lenggang-lenggok(nama yg diberikan oleh penggemar MTB kuantan). Sampai di puncak dan dihidangkan dgn downhill.... fuhhh..best gilerr.... wak biasa ahhh... ni yg dia suka sangat... jauh jugak downhill nihhh..

bosan menunggu..hehe

Sempat check sms..aduyaii!!

Seterusnya menaiki bukit Kebencian sepanjang 1 km dan cerun yg agak tinggi, kalau nk diibaratkan samalah seperti Steroid Hill di FRIM. Bukit ini memang tidak digemari oleh penggemar MTB baru di kuantan kerana jarak menaiknya terlalu lama...huhuhu.. Tapi bagi org lama ini lah best... diaorang siap berlumba lagik siapa sampai atas dahulu.

Berehat selepas melepasi bukit kebencian

Berehat seminit dan kami meneruskan perjalanan, melintasi jalan jabor memasuki jalan sawit lagi, trek ini flat sejauh 1.5 km


 Anak air terjun

 Memasuki ladang Getah

Habis melalui ladang getah, kami masuk semula ke ladang sawit dan menaiki bukit anak anjing. Bukit panjang untuk menaiki sehingga ke puncak. 


 Tiba di puncak

Agak meletihkan naik bukit nih... seterusnya downhill lagi... panjang tuu...


 Dibawah kabel voltan tinggi

Tasik 

Di Puncak bukit Damansara


oitt!! apesal?..

Seterusnya sampai di penghujung ladang sawit kami terpaksa melalu lubang dalam dengan menuruni dan memikul beskal keseberang sana.. melalui hutan terbiar dan akhirnya sampai semula di atas bukit kebencian. Seronok jugak layan downhill bukit kebencian nih... laju semacam jer meter beskal. 40km/h kalau xsilap... jenuh membrek dibuatnya. Terus layan downhill atas road pulak sehingga ke starting tadi. Keseluruhan jarak perjalanan 26km.

Itulah serba sedikit aktiviti minggu ini di Kuantan. Sehingga bertemu lagi...



No comments:

Post a Comment