Sejarah Basikal



Pada tahun 1816-1818, Baron von Drais de Sauerbrun von Baden Wurtenburg .... boleh sebut ke nama manusia ni?.. beliau ni bangsawan Jerman telah dipercayai telah mencipta prototaip pertama basikal dan kemudiannnya di upgrade kat Perancis..jauh tu…nak upgrade…prototaip ni diberi nama draisienne sempena nama penciptanya..nama penuhnya tidak diperolehi..lepas tu diupgrade pulak oleh orang Inggeris dan diberi nama baru… hobby horse atau dandy horse (bukan pony aaa..)…ade ke orang nak beli basikal ni masa tu?…jangan silap beb…dipercayai kat Britain dan Amerika Syarikat..sambutan amat menggalakkan terutama golongan kelas atasan…ada dealer yang buat tuisyen cara nak naik basikal ni…kalaulah Ahyong atau H2C ada masa tu..kaya raya dia… tapi…menurut David G.Wilson (profesor ni…bukan sebarangan orang…) mengatakan Baron von Drais layak digelar pencipta basikal pertama dengan alasan….basikal pertama yang berjaya turun bukit tanpa jatuh…tapi bukan Genting Sempah
Cuba lihat gambar di atas…..kebaikan…jimat sebab tak patah beli nak beli group set shimano XTR pun..sesuai untuk on the road je….tapi…FRIM boleh naik ke?

Pada tahun 1821 , Louis Gompertz (orang England)…pasang gear kat roda depan hobby horse…apa brand agaknye masa tu? XT ke..atau XTR?ada disk brake ke? Kalau tengok gambar macam ade…basikal ni digerakkan macam sampan..kayuh tangan …dipercayai dia punya speed boleh capai 14 batu sejam …lebih kurang 22 km sejam.. ..laju tu…baru anggaran je tanpa meter cateye.. baru pakai tangan….tapi..macamana nak naik jangan tanya..tengok gambar dan bayangkan laa sendiri…. kat Malaysia masa tu orang naik apa agaknye?

Pada tahun 1893, Kirkpatrick Macmillan..orang Scots (macam nama frame) berjaya mencipta basikal yang digelar velocipede…apa istimewanya? Kaki tak payah jejak tanah..kira canggih la masa tu…nak buat promosi velocipede ni…beliau telah berkayuh sejauh 140 batu (Glaslow ke Dumfries kat Scotland)…tiap-tiap check point ada je media tunggu nak buat liputan..glamour beb..berapa check point? Jangan tanya…tak ada maklumat…nak dijadikan cerita..beliau ni eksiden…langgar budak…ye la..brake tak ada..jadilah beliau orang yang pertama kena saman dengan trafik..polis trafik masa tu naik apa ha? Takkan jalan kaki….dipendekkan cerita… Macmillan tak jual velocipede ni..sayang agaknya..susah nak buat oooo..bukan sebab tu…orang Inggeris pada masa tu tengah syok kat keretapi…laaa…tak payah laa teruk-teruk nak berkayuh…naik je la keretapi…maka si Macmillan ni reka pulak kenderaan berenjin wap…pulakkkkk!

Pierre dan Ernest Michaux dari Perancis telah upgrade hobby horse dan velocipede pada tahun 1806an…apa yang beliau upgrade? Beliau pasang crank beb! Deore? SLX? Tak tau la apa brand nye…dan beliau juga pasang hub kat roda depan…seal bearing ke?Kalau camtu…memang hebat laa manusia ni..mana dia dapat crank dan hub ni? Yang pasti bukan kat Kota Kemuning atau kat Damansara?...itulah yang misterinya…basikal ni dikenali sebagai boneshaker..siap buat kilang tu…tahun 1842 dapat buat 142 buah…tahun 1865 meningkat 400 buah…hantar kat nama ye? Agak-agaknya sampai kat Malaysia tak?Diorang ni siap buat demonstrasi umum lagi..nak promosikan basikal ni…bukan buat rapat umum ye…
Cuba bayangkan…kalau la dia pasang group set XTR kat basikal ni…berapa speed boleh lari? Tayar depan…besar giler…kelemahannye…nak naik kena panjat pokok? Nak turun??…lu pikir la sendiri….

James Starley yang dilahirkan di Sussex (kat mana tu?) pada 1831…telah berjaya menjadi pengurus kilang Coventry Machinist’s Company..kilang ni buat macam-macam mesin termasuklah membuat boneshaker rekaan Michaux…under licenced kot…si James ni upgrade lagi boneshaker …rim jadi 40 inci dan 60 inci..dan basikal ni digelar ‘the ordinary’…tapi lebih popular dengan nama penny farthing …apa itu penny…dan apa itu farthing…anda tahu? Senang je…nama duit syiling Inggeris masa tu…saiz duit syiling ni tak sama..masam 5 sen dan 50 sen kita punya…kalau tengok gambar…lagi susah nak naik…pening dibuatnya memikirkan cara nak naik…belum lagi nak turun..nak dipendekkan cerita…walaupun payah naik naikdan turun…nak imbangpun susah…model ini sangat popular masa ..bagi yang mahir je…pada tahun 1883…J.H Adams telah berjayuh sejauh 242 ¼ batu dalam masa sehari je…purata speed tanpa metert cateye lebih kurang 10 batu sejam…(16km/j)..korang boleh buat ke…lagi jauh dari Klang-Ipoh tu…tak payah makan power bar pun…Tahun 1884 Thomas Stevens, berjaya merentas benua Amerika Utara…berapa jauh…tak pulak dinyatakan….

Lukisan oleh Brian Walker yang menggambarkan Thomas Stevens dalam perjalanan merentas benua Amerika Utara, 1884

Pada tahun 1879…H.J Lawson .. pencipta dari England berjaya mencipta basikal pacuan roda belakang…tapi tak boleh buat drift…kerana penny farthing ada masalah keselamatan penunggang dan pengguna jalan raya…tapi tak berjaya mengatasi popupariti penny farthing….walaupun basikal ciptaan beliau bertemakan “safety bicycle”…pada tahun 1884…anak saudara kepada pencipta penny farthing iaitu John Kemp Starley telah memperkenalkan Rover Safety Bicycle…bentuk basikal ini seakan-akan basikal kita sekarang nie…..dia punya frame besi biasa agaknye…bukan aloy atau carbon macam basikal kita sekarang ni…kalau tengok daripasa kerangkanya..agak aerodinamik juga…nak kurangkan rintangan angin agaknya…

Humber & Co. telah mengeluarkan frame bentuk intan yang pertama pada tahun 1896…lebih kurang basikal yang ada sekarang ni…nak tau bila gear derailleur pertama dicipta? Tahun 1869…brand apa? Entahlah…tapi yang pasti bukan shimano atau sram…pada tahun 1901 hingga 1906, J.J.H Sturmey dan J. Archer mempatenkan hub atau epicyclic gear…tapi tak popular sangat..agaknya susah nak digunakan kot! Tapi tak pula diceritakan penciptaan shifter yang terawal…akhirnya basikal keluaran Raleigh bersetuju nak ambik penciptaan gear ni…dan gear-gear ini sentiasa mengalami revolusi yang berterusan sehinggalah sekarang ini…termasuk yang kita gunakan sekarang…

No comments:

Post a Comment