Revenge of Putrajaya Challenge Park

11 March 2011 - Setelah pulang kecewa pada percubaan menakluk PCP buat kali pertama semalam, sherpa beskalmadu en Kamarul nekad untuk kembali keesokan harinye untuk menyelesaikan "the unfinished business". Cabaran sherpa telah disambut oleh safety officer beskalmadu en Zul aka loss prevention dan penulis.

Untuk pengetahuan para pembaca, ahli lain beskalmadu bukan tak nak follow xpdc kedua kami tetapi kerana "Permit" tak lulus, manakala otai2 beskalmadu masih berada di cameron highland selepas misi thompson trail.

Kali ni en zul loss prevention buat warm up btul2. turun naik trek xtreme beberapa kali.

en kamarul dgn posing trademark beliau


*artikel disambung oleh En kamarul, atas sebab masalah teknikal di pihak En Luthfee a.k.a penulis*
Selesai warm-up dan acara bergambar, kami pun memulakan kayuhan. Sebelum itu, kami telah menelaah secara teliti route map PCP untuk memastikan kejadian semalam tidak berulang.
Pada permulaan trail no. 1 (trail berwarna hijau), En Kam dan penulis memberi jalan kepada En Zul utk mengetuai perjalanan. Dengan yakin beliau menyusur laju menuruni bukit tempat di mana TokeyMadu mengenang nasib sebelum ini.

Walaubagaimanapun, akibat kecerunan bukit tersebut, En Kam dan penulis agak 'hesitant' untuk memulakan kayuhan. Setelah mengambil nafas panjang, penulis mendapat hidayah dan keyakinan untuk terjun dan menuruni cerun tersebut, walaupun nyaris-nyaris menghala ke semak, penulis berjaya.

Lain pula cerita dengan En Kam, beliau seperti tergamam dan tidak yakin untuk menuruni cerun tersebut. Ditambah dengan suara-suara cylist lain yang memberi kata2 semangat, En Kam seperti panik dan menjadi hilang punca. Walaubagaimanapun akhirnya En Kam menuruni jua cerun tersebut walau beliau kelihatan agak janggal kerana terlalu menekan brek dan duduk terlampau ke belakang sehingga brek menggunakan seluar sendiri.
(* En Kam seperti biasa tidak puas hati dengan kondisi itu, lalu selepas tamat pusingan pertama, beliau repeat cerun tersebut dan Alhamdulillah beliau berjaya*)

Penulis bersama En Kam dan En Zul di "Point of No Return". (disinilah tapak di mana team BeskalMadu berpatah balik di ride yang sebelum ini)
Team BeskalMadu meneruskan kayuhan sehingga lah sampai di puncak Menara Tinjau.

Penulis di bridge menuju Menara Tinjau

En Kam seperti biasa dengan trademark beliau
Di puncak menara tinjau, berlatarkan bangunan-bangunan di Putrajaya. Kelihatan En Zul amat kagum dengan kondisi Merida O-Nine penulis
Dari menara tinjau, team BeskalMadu menuruni bukit untuk melengkapkan pusingan green trail.

Penulis dan En Zul di exit trail PCP

En Kam dan En Zul di exit trail PCP

Victory!!!

Setelat selesai pusingan di green trail, team BeskalMadu masih bertenaga dan berkira-kira untuk berkayuh melalui jalan berturap di PCP. Setelah En Kam meneguk bergelen air seperti biasa, maka bermulalah kayuhan melalui jalan berturap di PCP. Route jalan berturap di PCP amat berbukit dan betul-betul menguji ketahanan dan stamina cyclist terutama cylist seperti En Kam.
Cylist berkaki robot seperti En Lutfee (penulis) dan En Zul mungkin mendapati jalan berbukit itu biasa2 saja.

Team BeskalMadu berkayuh melalui jalan berturap dan berbata sehingga ke trail no. 8 di mana penulis sempat menemuramah seorang uncle 29er. Trail no. 8 yang berkategori biru agak landai dan menyeronokkan. Exit Trail no. 8 bersambung ke trail menuju menara tinjau semula. 

Setelah sampai di menara tinjau, kami pun berpatah balik menuruni bukit lalu kembali ke tempat letak kereta. Di tempat letak kereta, penulis mendapati di PCP mempunyai kemudahan untuk mencuci basikal. Sementara itu, En Kam dan En Zul masih tidak puas lalu mengulangi kayuhan di PCP.

En Kam hanya mengulangi trail green manakala En Zul berkonvoi bersama brother full-suspension MTB yang berkayuh dengan hanya selipar BATA.

(*laporan berikut adalah dari En Zul, dari perspektif beliau*)





First try, kam macam takut2... last2 Lutfee yg turun dulu...
Brader kat atas tu siap bagi nasihat lagi, aku x dengar lah ape yg dia cakap... hhehehe...
Selepas mendengar kata-kata hikmat dari brader tu, kam pun dgn selamber meluncur turun, tapi entah mcm mana boleh ter duduk atas tayar belakang plak... kih..kih..kih...


Akhir nye sampai jugak ke puncak yg orang ramai selalu amik gambar kat sini.

Rasa lega sangat selepas complete Route 1 (Green Lane) kat PCP ni.

Kam macam biasa lah dengan trade mark dia 'nyonyot'. Basikal Merida Pro O-nine ni memang ringan giler... rasa mcm angkat guitar jer...
Patut lah tuan dia (lutfee), sengih2 jer bile bawak beskal ni...

Sementara yang lain sedang mencuci beskal masing2, aku dengan berani nyer masuk balik track PCP ni sorang2 sambil berteman kan beg air yg ade berapa liter lagi ni...


Ini route yg mana entah (Route 6 rasa nyer), aku pon tak tau, main redah jer. Rasa macam sesat pun yer jugak...  

Aku rasa, papan tanda kat sini mcm x betul jer... tulis jer arrow ke sana, bile aku pegi, x jumpa pun jalan masuk. 
Dah lah time ni x de orang lalu lalang kat sini...

Continue my journey...

Rasa macam dah confident, aku pon ikut lah jalan merah ni (x nampak plak route berapa ni)

Berhenti sekejap, nak gambar dulu... Penting ni. Bahan bukti. Jalan dia memang mencabar minda, bak kata abe kur 'technical route'.

Nasib lepas semua selekoh kat sini, dah lah x de orang lain, siot tol...

Akhirnye sampai di pit stop kat sini, aku nak explain kat map pun aku x tau kat mana sebenarnye, hihihi...
Sambil terbaring kepenatan, tibe2 ade sorang mamat muncul dalam semak ni... nama dia 'Man' (x de dlm pic). Selepas sembang2, dia pn ajak aku ikut dia. Aku pun follow je lah kan.

Follow punye follow, sampai lah satu tempat pit stop. Mamat ni pakai fulsus, mmg laju lah dia bawak kan... aku tercicir kat belakang.

Jalan kat sini memang sempit, silap technique boleh tersangkut kat tengah2 pokok...

Ni lah tempat orang lompat-lompat, ade banyak ram kat sini... aku pn layan lah ape lagi.

Ram ni kire dah dekat dengan kubur kat bawah tu... kalau pakai fulsus ni, mmg boleh terbang kot... best2...

Ni lah mamat yg aku follow tu, kalau tengok betul2, dia pakai slipar cap BATA jer. Memang style lah mamat ni. Aku tanye, kenapa x pakai kasut, jawapnyer terlupa bawak. 
So kalau sape2 yg bagi alasan kasut x bagus tu, mmg tidak akan dilayan lah.. hahaha...

Dah lah mamat ni bawak beskal pakai slipar jer... break belakang dia pulak dah longgar. Mintak aku tools, aku mana ade... dia pn layan jer... 
Every 500m meter dia akan stop untuk ketat kan screw break disc dia, pakai tangan jer... hihihi...

(*tamat laporan dari En Zul*)

Kemudahan mencuci basikal di PCP

Jentera penulis sedang disental
En Kam selesai bersiap utk pulang

Penulis bersama kedua-dua basikal beliau yang selesai dicuci, berkilat seperti baru.
Selesai sudah "revenge" ke atas PCP dilakukan oleh BeskalMadu. 
Yang pasti, ini bukanlah kunjungan yang terakhir BeskalMadu ke PCP. Kerana pasti ahli-ahli BeskalMadu yang lain juga gian untuk melengkapkan trail di PCP ini.

We'll be BACK!!

(artikel ditulis bersama oleh En Luthfee, En Kam dan En Zul)

No comments:

Post a Comment