Genting Perez

11 April 2012 Cuti bersempena Pertabalan yang di pertuan Agung Malaysia tidak disia-siakan oleh BeskalMadu. Kami membuat keputusan untuk ke Genting Perez sekali lagi diatas permintaan lutfee. Bole jadi dah gian nk kayuh tawan bukit agaknya. Memang satu semangat yg perlu dicontohi oleh semua geng BeskalMadu dan semua pengayuh-pengayuh basikal. Untuk kali ini, hanya Shukor,Wak,Lutfee,Kam,Azni dan sany seramai enam orang sahaja untuk misi menawan Genting Perez untuk kali kedua. Kebanyakkan geng lain ada urusan yg tidak dapat dielakkan. Ada peluang kita akan kayuh bersama beramai-ramai nanti.

Bermula seawal jam 8:00pagi kami bergerak dari tempat letak kereta di pekan Batu Lapan Belas, Hulu Langat. Suasana dipagi itu agak dingin dan berkabus, ini memang suasana yang dinanti-nantikan oleh kami. kali ini hanya mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke simpang tiga. Wow!! satu peningkatan yg baik. Diharap selepas ini kita akan memperbaiki atau sekurang-kurangnya mempetahankan rentak seperti ini.

Selesai berehat kami memulakan pendakian ke puncak Genting Perez. Masing-masing nampak bersemangat untuk mendaki. Tidak pernah berlaku sebelum ini.. hehe kalau dulu bila sebut je nk kayuh naik bukit, hurmmmm... semuanya mengeluh "tak de ke jalan yg rata sikit" seolah-olah fobia bila dengar perkataan bukit. Tak sia-sia jugak ajak diaorang ni naik Bukit antu dan Genting Perez sebelum ini walaupon ade beberapa geng yang merungut "natey bukit ni.. tinggi pulak tu.. bilo nk sampai kalau gini".
Itu DULUUuuu... sekarang dah berubah... pantang nampak bukit.. nak ajak naik aje.. mmg respek lah korang ni... kira cepat jugak pencapaian korang ni... pada yang agak dibelakang tu... jangan rasa ketinggalan.. ambil sedikit masa lagi.. pasti boleh.. yang penting semangat juang mau tinggi. Dipertengahan mendaki, suasana kabus agak tebal. Memang seronok bila berkayuh jika suasana sejuk begini. "Aku suka" hahaha



Kayuh punya kayuh, akhirnya wak orang pertama sampai di garisan kuning, mengambil masa lebih kurang 30min, Shukor,lutfee,azni,kam dan sany yang terakhir sampai dengan masa 50min.. Satu lagi rekod utk BeskalMadu. Pendakian yang lalu mengambil masa 60-75minit utk lutfee,sany,azni dan kam, Tapi kali ini sudah agak confident dan tiada tekanan memikirkan "tinggi nk daki Bukit".

Dan lagi.. kuat laa SMS mamat ni..

Piece!! SELAMAT DATANG

Lutfee sampai 5 minit kemudian 

azni sampai 7 minit kemudian

15 minit kemudian kam pula muncul. Terer dah sekarang ni...non stop tuu

peserta terakhir sampai 20 minit kemudian.

Sany ke garisan kuning, Tidak dikira ke Genting Perez jika tidak melepasi garisan ini


Cuaca berubah pulak, hujan renyai-renyai mula turun. Setelah berehat 15 minit kami pon bergerak turun, makin lama makin lebat pulak hujan. Sejukkk woooo... ape bole buat, memang dah asam garam kalau berkayuh. Hujan atau panas kami tetap akan teruskan kayuhan. Downhill sejauh 10km dalam hujan adalah pengalaman baru bagi BeskalMadu.. Kami turun agak perlahan kali ini kerana hujan.

Tempreture 22.4 deg C


Sampai di simpang tiga kami terus menuju ke parking, ketika ini hujan sudah behenti tapi masih ada lopak-lopak air di sepanjang perjalanan sehingga ke parking. banyak jugak telan air lopak...hahaha. Memang basah kuyup bila sampai di parking...huhuhu.. Selesai berkemas kami pon seperti biasa makan pagi di kedai pokok buluh..
"Nasik lemak SATU!!"


licin pinggan tuuu..siap hirup lagik..

Muka frust xdapat makan nasi lemak..

Selesai makan aku,wak,kam dan Azni berhenti di depan IKBN untuk merendam kaki di kolam air panas.
Fuhhhh hangatttt siottttt.... tapi lama-lama dah kurang rasa panasnya... setelah 10min kami pon beredar balik kedestinasi masing-masing.

Lain kalu dah bole singgah lagi selepas kayuh

Akhir kata berjumpa lagi di kayuhan akan datang...

Piece to BeskalMadu...



3 comments:

  1. mantaps... lepas ni nak target kurang dari 50 minit pulaks naik Perez... bhg target... wakakaka...

    ReplyDelete
  2. aku mmg gelak jer baca synopsis abe kur... Terbaik!! Keep it up BeskalMadu.

    ReplyDelete