Genting Sempah & Janda Baik Ride

BeskalMadu nampaknya telah bersedia untuk ke Genting Sempah, Pada tanggal 14 April 2012 tercatat sejarah lagi buat kami kerana berani menyahut cabaran bukit kali yang kedua. Perancangan awalnya ialah berkayuh dari Hospital orang asli jalan gombak menuju ke R&R Genting Sempah dan seterusnya ke kampung Janda Baik tetapi hanya lima orang sahaja meneruskan perjalanan hingga ke destnasi akhir.

Akan tetapi semua peserta pada hari tersebut telah berjaya menakluki hingga ke R&R Genting Sempah. Inilah semangat yang kita mahukan, berkayuh hingga ke titisan peluh terakhir!! ekekeeke....

Persiapan seawal jam 7:00 pagi oleh peserta. Masing-masing bersemangat berkobar2 bercampur gelisah kerana ini ialah kali pertama menaiki bukit genting sempah. Azwa antara peserta terakhir yang menyatakan persetujuan untuk menyertai misi kali ini. Kamarul dan Azni pula terlepas peluang kerana ade urusan lebih penting.

Terima kasih Sany kerana belikan nasi lemak.

Kita makan dulu...

Technical advisor meneliti pemasangan basikal

Berehat seketika di KM 10


Kayuhan berhenti di KM 10 untuk berehat seketika sementara menunggu kesemua peserta sampai. Jalan mendaki tetapi tidak terlalu tinggi slope jalannya.

Ok..lets go geng...

Berhenti di KM 14 sementara menunggu geng lain

"Ok geng ..lps ni slope bukit agak tinggi sejauh 2 km, jangan push sangat..maintain sahaja sampai puncak"

KM 16 di puncak bukit Genting Sempah

amacam? ok ke gambo aku ni?

Hilmy & Sany


Azwa & Yus di R&R Genting sempah

Hazhar, Zul, Arif, Wak dan Shukor meneruskan perjalanan ke kampung Janda Baik. Kami dihadiahkan dengan downhill sejauh 6km.. mmg best.. sampai di simpang tiga masuk ke kampung janda baik terpaksa pula memanjat bukit yang agak tinggi. "tak de hal lah bukit ni... sikit jerkalau nk banding naik ke Genting Sempah td"

"Nasi Lemak... Nasi Lemakk...Tak sesat dahhh"

"tgk.. pakai selipar jer.. dah byk kali sampai sini"

aikk...dah ringan ke beskal?




Kayuh punya kayuh.. sampai lah ke destinasi terakhir iaitu Andak Place Jungle Cafe, Fuhhh terbayang nasi lemak sambal hijau yang sering dicerita oleh hazhar.. Slluuuppp!! terliur aku..




Nasi Lemak

Sambal hijau 


Nasi minyak

Rendang ayam

Tea O suam satu!

Makan sambil mendengar lagu2 60-70an bersama bunyi airterjun buatan.




Nasi lemak sambal hijau yang di gembar gemburkan.. Slluuppsss!! Terbaekkkk!!

Cameraman control macho tuuu....

Selesai makan kami pon berangkat pulang. perjalanan tidaklah seteruk yang disangka.. tadinya downhill sejauh 6 km, ni nak melawan arus pulak.. kayuh tetap kayuh... sehinggalah di puncak bukit genting sempah.

Tinggi bukit nih... berehat amek nafas jap!

Hazhar

Selepas itu kami melayan downhill sejauh 16 km hingga ke parking. memang seronok kayuhan kali ini.
Jarak keseluruhan perjalanan kali ini ialah sejauh 56KM pergi dan balik. semoga kedatangan kali kedua nanti, semua ahli dapat join hingga ke Janda Baik..



akhir kata

Piece to BeskalMadu



2 comments:

  1. Terbaik!!!
    Kepada kawan2 yg blum try sambal hijau, sila lah kayuh ker Janda Baik, next time...
    X rugi kayuh, ganjaran nyer.. Nasi Lemak Sambal Hijau.... hahahaha!!!!

    ReplyDelete
  2. betul ke zul...xmenyesal kayuh ehh....ekekeke

    ReplyDelete