Putrajaya Jamboree April 2012

Putrajaya Jamboree telah diadakan pada 21 April 2012 di Taman Wetland-Taman Botani-Taman Rimba Alam. BeskalMadu di wakili oleh Zul,Wak, Arif dan Shukor. Seawal jam 7:30 pagi aku dan wak sampai ke parking wetland Sementara zul tiba jam 7:45 dan arif 8:15. Dari parking berkayuh kira-kira 1 km ke tempat arif parking, ni kiranya memanaskan badan lah ni..

Sebelum bergerak naik ke starting point



Merida TFS 700  

Cube Acid

Merida Matts 70

Shukor

Wak

Zul

Arif

Masih lengang pada jam 8:30 pagi

Wak bersama brother dari melaka.. boleh dikatakan semua jamboree brother ni join.

BeskalMadu bersama peserta jamboree

Sebahagian dari 800 orang peserta

Hampir Bermula

Bermula tepat jam 9:00 pagi, peserta berkayuh menaiki bukit kecil hingga ke bawah 2 terowong di taman wetland. Satu ketika jalan agak sempit yang hanya boleh di lepasi 3 basikal serentak, maka beratur panjang sementara menunggu giliran. "uiss rugi masa aku 5 min.. ni baru dua tpt.." Keadaan jalan agak cantik dengan gravel bercampur tar. Sampai di downhill pertama kelihatan seorang peserta wanita memegang tangan kiri nya sambil duduk diatas tanah. aku difahamkan beliau terjatuh dan tangannya patah. Kami meneruskan lagi perjalanan, kali ini sudah memasuki jalan tanah merah.. agak licin juga. Menghampiri di downhill kedua kami diminta perlahankan beskal kerana ade peserta jatuh.. aku pon turun dgn berhati2 kerana jalan menuruni bukit agak licin.. sampai saja di bawah ternampak seorang lagi peserta wanita terbaring dengan keadaan muka dan tangannya berlumuran dengan darah.. mengikut dari cerita peserta lain, budak tu terlanggar beskal salah seorang peserta lain lalu terjatuh... kesian tgk awek tu...panjang juga luka dimuka dia... uisskkk turun hantaran rm1000... huhu.. xpe dik..bawak2 bersabar yek..

Kami seterusnya memasuki jalan besar dan melintasi beberapa lampu isyarat hingga ke Taman Rimba Alam. Bukit tinggi memperlahankan kayuhan peserta kerana ramai yang menolak dari berkayuh. Boleh tahan tinggi juga bukit ni, sampai saja dipuncak terus layan downhill...wooo laju giler... zul hampir terlajak dia conner terakhir.. keluar dari taman botani, masuk ke jalan besar dan seterusnya ke Taman Rimba Alam.. Panjat bukit lagi... Baru sahaja melepasi kira2 300 meter semua peserta berhenti.."aduhhh ..kenapa plak ni.?" tinjau2 rupanya "tuuu diaaa... tinggi nya bukittt... berselut plak tu.." 10 minit aku menunggu giliran, giler lama tuu... mana tak nya...dah la licin, ramai peserta memakai kasut yang tidak sesuai.. takde grip.. mmg bosan kalau kena menolak mcm ni... dari bawah ke puncak bukit mengambil masa 10 minit. Selesai menolak.. downhil pulak...layan kan ajer lahhh...abis tanah merah beterbangan..

Check Point pertama.. baru 10km katanya zul... xpe kayuh lagi.. seterusnya melalui jalan besar dan memasuki ke tepi Taman Botani.. jalan agak flat.




Check point kedua.. Lihat pada meter baru 16km.. pelik jugak...kenapa bukan km20.. Seterusnya melalui jalan gravel menyusuri  tasik. Jalan agak flat.. sampai di satu sudut kami terpaksa meredah air kerana jalan tersebut telah dinaiki air sedalam satu meter.. kayuh jugaklah aku dan zul ...dah macam berkayak rasanya...hehehe...pertama kali dlm hidup berkayuh dlm air sedalam satu meter. 

Check point ke tiga.. Meter menunjukkan jarak 24km.. Kami teruskan kayuhan sehihingga ke garisan penamat.. jam menunjukkan 11:05 pagi. Jumlah keseluruhan jarak perjalanan ialah 30km. Penganjur memendekkan jarak kerana 2 bukit tanah merah telah memperlahan kan peserta sehingga setengah jam. 

Akhirnya semua wakil BeskalMadu dapat menghabiskan jamboree kali ini. Latihan ke Genting Sempah minggu lepas membawa kebaikkan kerana trek putrajaya tidaklah seteruk untuk menaiki Genting Sempah. Peserta yang melepasi 2 check point dapat medal kenangan dari pihak penganjur.   







Mengantuk ketika menunggu acara cabutan bertuah.. Huh..xde luck kali ini..hehe


Peserta paling tua .. 66 tahun.. dapat hadiah plak tu..



Semuanya telah selesai dan kami berpuashati dengan jamboree kali ini. Diharapkan semoga pada acara jamboree akan datang, ramai lagi perserta dari geng BeskalMadu akan menyertainya..

Akhir kata

Piece to BeskalMadu




1 comment: