UPM Fete 30 September 2012



Fête ialah perkataan Perancis bagi Jamboree, Bash dan Carnival. Perkataan Jamboree, Bash dan Carnival  sudah selalu digunakan, maka dengan itu Fête digunakan sebagai kelainan untuk aktiviti kayuhan UPM MTB pada kali ini. Fête masih mengunakan konsep kayuhan yang sering dijalankan pada mana-mana Jamboree dengan kelainannya adalah akan ada sambutan sebelum, semasa dan selepas kayuhan. hehe baru aku tahu..


Cantik design bajunya

Penyertaan BeskalMadu kali ini memang memberangsangkan.. terkezutt aku.. mcm xpercaya jer... betul ker derang nak kayuh beramai2 nih...ekekeke.. we will see...

25 plat nombor! bermakna 25 beskal.. ye ke ni? masih muskil lagik...


hadoyai...mana lah pulak si zul nih... dah nk start nih... dpt call dr zul, rupanya dia tersangkut dalam kesesakkan akibat ada acara larian. huhuhu.

alamak kenapa semua orang benti ni

brader ni pon nk ke UPM Fete gak... senasib dgn zul

Cisss!! ini rupanya punca jam... xleh blah..

Sempat lagik pose ngan roof rack baru.

Cepat laaa... sellooo...

ni sandar2 ni ade insurance ke?? tepi tu xbaiki lagik tu... aku charge sekali kang...

air.. air..

mangandang babaie pare..

Sesampai nya Zul di perkarangan UPM, tersangkut lagi dek kerana memberi laluan utk peserta yg sedang berlepas... tunggu lagikk.. Acara bermula di Padang Kawad, UPM Serdang. Jarak kayuhan kali ini sejauh 45km(UPM & Mardi). Tepat jam 7:30am acara pon bermula tapi kami masih menunggu nombor plate yang dibawa oleh zul.. Sabar yek kengkawan... acara telah pon bermula 15 minit.. kami antara group terakhir memulakan kayuhan. Beskalmadu boleh.. 

Bermula sejauh 3km melalui jalan biasa dan seterusnya ke offroad. mmg agak sukar untuk berkayuh terutamanya mendaki bukit, jalan yg licin dan berselut. sebanyak 6 bukit yg agak tinggi kami redah. Berkayuh selama 2 jam barulah keluar ke jalan tar di perkarangan MARDI, perghhh sukar dibayangkan betapa gembiranya apabila keluar ke dari offroad. Tapi tengok pada meter baru 11km... hadoii jauh lagik tu.. Apa pon demi BeskalMadu ku teruskan jua..

tak daya wehh..

Bukit ni mmg tinggi giler! dah la licin.. nk tolak naik pon xlarat..

xpayah nk snap gambo sangattt zul.. penat dah ni..

Cuaca di atas jalan tar sangat panas, dan jamboree kali ini memang betul2 menduga fizikal dan mental. setelah 15km berkayuh.. masuk pulak ke offroad... macam nk chicken loop jer gasanya... terasa sungguh lama berkayuh dek kerana banyak bukit...

antara gelagat peserta

Cuaca di tepi ladang lembu ni mmg panas terik.

kayuh naik bukit pulakk... siap ada yang berhenti tido dulu tuu...

Exitway Boleh..

Zul,Arif dan Wak meneruskan kayuhan, aku agak keletihan dan berehat agak lama. Jalan pulak banyak bukitnya. last sekali masuk ke kebun buah2an.. baru lah redup nk kayuh. 

Menung panjang nampak.. sikit je lagi zul.. 3km jer..

Bersantai setelah menghabiskan 40km

Pengalaman pertama jamboree utk adli.. sakit bontot katanya...hehe


Hilmy sampai dengan bergaya setelah makan 3 aiskrim

Ni buktinya..

Hanya 8 sahaja yg berkayuh dari 25 penyertaan.


Buat ape tu li!

Dapat Lucky Draw lah pulak si Adli nih..

Ni ha mendapat... terbako lengan aku..

Kami bersimpati kepada peserta yang telah kembali kerahmatullah akibat dari sesak nafas.. alfatihah.. semuga beliau tenang disana.

Sedikit panduan

Akhir sekali.. Berkayuhlah untuk kesihatan.



No comments:

Post a Comment