FRIM 1 Mei 2012

Sempena cuti hari pekerja BeskalMadu mengambil peluang untuk berkayuh di FRIM. Technical advisor buat julung kalinya masuk ke off-road... mcm xcaya jer. Bermula agak lewat lbh kurang jam 8:30 kami terus menyusuri trek offroad, di ketui oleh Arif dan diikuti rapat Nasrizam(geng baru), Azwa, Shukor dan zul.
mendaki bukit sejauh 2 km dengan kecerunan yang tidak berapa tinggi.. "Nasib baik dah training di genting perez dan genting sempah... buleh ahh kayuh tanpa berhenti ni.." katanya azwa. Aku hanya kata "bulehhh"
tp dlm hati berkata...ni baru permulaan jer ni...tunggu jap lagik..ekekeke..

kami sampai di simpang 3 dan berehat untuk mengambil nafas seketika, seterusnya mendaki ke stroid hill, Arif dan zul bermula agak aggresif dan laju. sempat jugak aku pesan dengan derang jangan push sangat.. karang xlarat nk naik lagi 2 bukit didepan tu. kecerunan mmg agak tinggi, pandang ke atas tapi masih tidak nampak puncak kerana terlindung oleh pokok2. sampai dipertengahan simpang zul berhenti.. ehh lain mcm jer mamat ni...hehe mesti penat ni... nas dan azwa berhenti sekali sekali dan sambung kayuhan. Agak sukar untuk sambung kayuhan katanya bila berhenti di pertengahan bukit. Tak pe bro ..ada tekniknya.. pelan2 kayuh yek... aku dan arif sampai di pondok pertengahan bukit dan selang 5 min nas pon sampai. lama jugak tunggu zul ngan azwa, mana lah derang ni xnaik2...ke wusha awekss... sedang lepak2 tu tiba2 naik pulak FOLDER bike dengan tyre sutong...aduhhh apek ni selambe jer tu kayuh ... jap lagi dia turun balik...bila naik ade plak kawan dia sebijik lagi Folder bike... isk3.. xleh jadi nih... kayuh jomm....kami menyambung kayuhan ke persimpangan tongkat ali, perghh mendaki lagi...best jugak excirse kali nih.. kayuh dan kayuh sehingga melintasi simpang tongkat ali menuju ke simpang untuk ke puncak Helipad. setelah 5 minit berhenti aku call zul, derang kata baru saja meneruskan kayuhan...

Nasrizam di kayuhan offroad pertamanya

Sentiasa tersenyum.. power rupanya bro nih..

aksi penat setelah mendaki steroid hill

Maka bermula lah pendakian ke puncak helipad.. arif mendahului kami.. "pakai gear ringan dan jangan paksa diri...kalau xlarat berhenti dulu" aku pesan kat derang.. hari ini penafasan aku tidak berapa bagus ketika mendaki.. rasa nafas terlalu laju dan cepat rasa mcm mengah... hahaha 3 kali berhenti jugak akhirnya harini... mungkin kerana dah lama tak layan offroad setinggi ini... kena banyakkan latihan nih...
sampai separuh jalan kelihatah group "Kayuh Beb" sedang mendaki... derang pon berhenti rehat juga...
tapi ada sorang kakak ni mmg tabik lah... bole sampai jugak ke helipad...cayalah kak!.. setelah hampir 20 minit kami pon sampai ke puncak Helipad.. arif kata nak muntah sbb pagi tadi xmakan...Uiskk degil betul budak ni.. orang pesan dah kena makan at lease roti setengah jam sebelum kayuh...

Berjaya tawan helipad

xbrp nk piece sangattt... penat katanya...

Selesai bergambar kami pon bergerak turun... Downhill woooo.... "jaga2 jangan laju sangat"
sampai di bawah terjumpa zul dan azwa, derang baru nak naik ke atas.. selamat mendaki...hehehe
Turun lagi melayan downhill... sampai ke pondok di simpang tiga.. behenti sementara menunggu zul dan azwa turun... setelah setengah jam derang pon sampai.

Zul dan Nas di simpang tiga sebelum menuju ke puncak


berehat sambil menunggu geng lain turun dari helipad


"uhhh giloo...tinggi helipad ni.. yg penting sampai.."

Berita dari zul.."azwa dah sampai di puncak helipad" congratulation bro..

Kami meneruskan lagi kayuhan menuju ke Jirat cina... melayan single trail downhill lagi tp kali ini dalam hutan pulak hingga ke jirat cina. jam sudah menunjukkan 11:15 pagi..cuaca pon agak terik... kayuh naik bukit pulakkk... kayuh lagiii...sehinggalah sampai ke puncak bukit jirat cina. "air kawe abis doh .. keno cari air ni" keluhan azwa...zul pon habis 1.5 lit jugak.. kuat minum dua ni... ke mandi...ekekekek...jangan maraaa aaaa...

Nas berusaha utk naik ke puncak bukit jirat cina..

zul berkayuh tanpa air.. habis di helipad tadi..

"Kawe raso fatigue.. tolok ahh jap"

"Sikik lagi.... panas wehh.. fatigue + panas"


"Sampai jugak kawe ke puncak jirat cina yang kam duk sebut2 "

Berkayuh melalui kebun sayur dan parking di kedai karipap panas di sungai buloh...fuhhh lega rasanya.. "air..air...air.."


Setelah berehat selama 20 minit kami bergerak balik ke FRIM, mendaki di single trail di dalam hutan hingga ke simpang tiga. Sambung downhill hingga ke aromatic trail.. Layan pulak single trail di lereng bukit.. mmg seronok.. maka tamat lah sudah offroad...kami bergerak ke parking untuk ke kedai makan.

merenung ape tu bang??

ni kenape plak ni...

menunggu kedatangan O-Nine..

posing sebelum layan last trail 






Gaya seorang jaguh..


setelah berkayuh.. ini habuannya..

Selesai menjamu selera kami pulang ke rumah masing.. jam sudah menunjukkan 1:30 thari. Sehingga berjumpa lagi di acara ygang akan datang.

akhir kata

Piece to BeskalMadu

4 comments:

  1. Akhir kata, jangan potong Mr.Prez sesuka hati, buruk padah nyer...(x cukup nafas)

    ReplyDelete
  2. selamat datang untuk Nasrizam.
    aku tengok arif macam tak berpeluh je.

    ReplyDelete
  3. tq kengkawan, jemput aku.. best gak layan aromatica trail ni.
    lain kali kalau jemput inshaAllah aku join...kalau x jemput aku join BBS je..hahhaaha

    ReplyDelete
  4. haha...ade ade lagi trail yg belum pegi... next kita round satu loop di FRIM... champion dah tu buleh cucuk rapat arif..

    ReplyDelete