FRIM Ride - 12 Mei 2012

Memandangkan minggu lepas dah layan genting sempah, jadi mgu ni kita ke offroad lah pulak... lokasi kali ini ke FRIM lagi.. Bermula seawal jam 8:00 kami menyusuri Bujang Trail.. sesi memanaskan badan sebelum ke Rover Trail... semuanya bermula ngan baik. Shukor,Azwa,Yusri,Nasrizam,Arif,Sany dan Hilmy antara yang menyertai kayuhan kali ini.. hurmmm lama dah takde full attendant nih... geng lain please adjust masa skek utk full attendant...

Gambar Hiasan


perghhh...bersemangat gilerr..siap stretching bagaii..



Turun dari Bujang Trail

Selesai layan Bujang Trail, kami pon menuju ke Rover Trail. Trek mendaki yg agak panjang lebih kurang 2km. Arif mendahului kayuhan sehingga ke simpang Bujang Trail, kami berhenti seketika untuk menunggu semua geng sampai.Seterusnya jalan agak mendatar dan sekali sekala mendaki hingga ke persimpangan tangki air. Kemudian kami bergerak naik keatas.. slope yg agak tinggi untuk mendaki hingga ke Tangki Air.


Gaya tersendiri selepas berhempas pulas mendaki bukit Tangki Air

10 meter pecutan terakhir


Gambar kenangan di bukit Tangki Air

Setelah berehat sambil bergambar kami pon bergerak turun dan seterusnya mendaki bukit untuk ke simpang tiga sebelum menuju ke sg. buloh. ketika menunggu di simpang tiga azwa call bgtau dia xdpt meneruskan kayuhan kerana rasa xsedap badan.. setelah yus tiba kami bergerak ke sg buloh menyusuri single trail hingga ke puncak jirat cina. Turun dari jirat cina menghala ke kedai yang selalu kami lepak, ternampak 2 pekerja indonesia mengejar sesuatu di dalam semak berhampiran jalan. Sampai saja di tempat kejadian dua orang tadi mengangkat seekor ular sawa ygng panjang nya lebih kurang 3 meter. Mak aii.. beso tuu... sempat jugak kami bergambar dgn ular tersebut.. seterusnya kami bergerak ke warong utk minum dan berehat.

Nas dan Sany mendaki bukit jirat cina 

Tuan kepada ular sawa berbaju warna biru


Selesai makan kami meneruskan kayuhan menyusuri single trail untuk ke FRIM.. Mendaki yang agak panjang sekali sekala jalan rata hingga ke simpang tiga. Kemudian bergerak ke Aroma Trail melalui downhill track. jalan arini agak keras, melambung beskal aku... Aroma Trail ni mmg trek kegemaran hilmy.. tidak puas hati kalau ke FRI tp tidak layan Aroma trail...ekekekek.


Walaupon tidak berbaju tp masih menutup aurat...ekekeke

Sebelum turun ke Aroma Trail

Lepastu apa lagi..kayuh ke kedai lah utk makan...setelah makan, jam pon sudah menunjukkan pukul 12:50 tengahari, kami berkemas dan bergerak pulang ke destinasi masing2..

akhir kata

Piece to BeskalMadu 

2 comments:

  1. siap ada expansion loop tu ular sawa...

    ReplyDelete
  2. Ular sawa tu penunggu jalan FRIM tu, sape x bayar, dia ngap..skali.. haha

    ReplyDelete