Gombak to Kg. Janda Baik Ride - 19 Mei 2012

Kayuhan ke kg. Janda Baik semakin mendapat sambutan dikalangan geng BeskalMadu. Mereka terdiri dari Lutfee, Shukor, Wak, Gerry, Azizul, Nasrizam, Arif, Anuar, Azni, Azwa dan yusri. Bermula pada jam 8:00 pagi dari hospital orang asli Gombak. Ketika sampai di parking pada jam 7:30 pagi, kelihatan kereta azwa sudah berada disitu. Bila di rasa pada bonet kereta, agak suam2 kuku panasnya ...ini bererti sudah lebih setengan jam kereta ini berada disini. perghhh mmg betul2 dia kayuh awal tuuu... kelas mu wa.. Gerry,Azni dan Nas pertama kali berkayuh di Genting Sempah.

Kami mula berkayuh pada jam 8:00 menuju ke puncak bukit Genting sempah untuk berehat seketika dan akan meneruskan kayuhan ke kg. Janda baik. Yus dan Gerado memulakan kayuhan sementara yg lain menunggu ketibaan azizul. Ketika zizul sedang bersiap, kelihatan anuar sampai dari sg. Pusu.. berkayuh dari rumah katanya. Bila semua dah bersedia kami pon mulakan kayuhan, cuaca hari ini agak panas berbanding dua minggu lepas. Arif bermula agak laju bersama nasrizam dihadapan aku...hehe jenis ni memula mmg laju...tgu jap lagii.... Wak,lutfee,aku,anuar,azni dan zizul bergerak dalam satu group agak kebelakang sedikit dengan mengenakan rentak berkayuh secara santai. Banyak pulak lori pengangkut balak hari ini, tetapi mereka sudah biasa dengan geng2 basikal dikawasan ini. sekali sekala kedengaran bunyi horn untuk memberi isyarat mereka ada di belakang. Bagus abang2 driver nih.. jangan dia ambik lap makan jalan dah ler.. risau jugak kadang2 aku memikirkannya pasal lori nih..

Lutfee bersemangat meninggalkan ariff.. tunggu aku weiii !!

Tiba di km10, arif dah mula perlahan kerana keadaan cerun sudah agak tinggi.. hehehe ada peluang nk potong mamat ni... aku mengekori dalam satu km dan memotong beliau dan diikuti oleh nasrizam.. sampai di km 12 kelihatan yusri yg agak keletihan ketika memanjat bukit... Gerry berada 200m dihadapan beliau... kuat jugak kayuh walaupon baru pertama kali berkayuh disini. Tiba-tiba Azwa muncul dari arah bertentangan.. "kawe sampai atas dah td.. nok balik ni .. ada hal... nok ambik ayoh kawe.." sambil melambai2 kan tangan ala2 model gitew... ekekeke awal tu sampai... pukul 7 gamok nyer dia start kayuh... Aku cuba kekalkan rentak kayuhan hingga ke puncak bukit Genting Sempah hinggalah sampai di selekoh terakhir, teringat plak kam mintak berhenti kt sini dua minggu lepas..mcm nk muntah katanya.. Akhirnya aku sampai di puncak bukit dibawah flyover setelah berkayuh tanpa henti selama 1 jam 5min. ok jugak masa ni...kena perbaiki lagi untuk kayuhan seterusnya.Tidak lama kemudia derang sampai dan masing2 bercerita pengalaman ketika berkayuh tadi. 


Gerry.. First time ride with BeskalMadu 

Steady je brader Azni sampai puncak..

Bukti di garisan kuning


Berehat sebelum ke Janda Baik

Setelah berehat selama 10 minit.. kami pon bersiap sedia untuk bergerak ke kg. Janda Baik. Azni dan Anuar tidak menyertai kami kerana ada urusan.. lain kali katanya. Kali ini melayan Downhill sejauh 7 km...perghh mmg best...laju jer.. hurmmm nk balik karang tau lah korang..haha.. sedang syiokk melayan downhill, ternampak yus berhenti. ketika aku melintasi dia sempat lagi tanya "ok tak? " dia menunjukkan thumb up bermaksud ok lah tu. setibanya di persimpangan ke kg. Janda baik, aku terus kayuh hingga ke puncak bukit yg agak tinggi.. ada dua lagi bukit hingga lah ke simpang kg. Cincin. Sambil menunggu arif,naz dan lutfee sampai, incomming call dari wak dan bertanyakan sama ada yusri sudah sampai ke belom... aduss.. mesti dia tak masuk ke simpang kg.Janda Baik tadi... aku call yus minta kedudukan beliau melalui Whats app...memang benar telahan aku... yus dah terlajak 7 km dari simpang tadi... Aduyaii Yuss nk pegi Colmar bukit tinggi ke? apepasal ko xmasuk simpang tadi...hikhikhik... setelah memberitahu lokasi, aku arahkan yus berpatah balik dan naik ke kg. Janda Baik.Kami meneruskan kayuhan melalui tepi sungai hinggalah ke Andak Cafe.


Punya lah penat... sempat lagi baring.. ekekeke

Sampai je di situ.. nasi lemak dan lauk sudah habis... aduhh cemana ni... aku mintak brader kedai tu masak sambal hijau.. jauh datang ni bang.. mmg sporting lah brader ni...derang akan masak dan suh kitaorang tunggu sebentar.. Setelah makan dan berehat seketika.. yus menghantar sms mengatakan beliau baru saja sampai di simpang masuk ke kg ni.. jadi kami mengarahkan yus supaya menunggu kami di Genting Sempah sahaja. Tak pe yus dan gerado.. next ride kita singgah sini pulak..huhu

Penat ke ?? hehe..

Aikk.. takkan termenung bang?? tak sanggup nak balik ke.. Teksi please..


Lapo siott... kita makan duluuu....

Perjalanan balik dari Janda Baik hingga ke Genting Sempah sejauh 12km mengambil masa lebih kurang 45 minit kerana kayuhan mendaki.. cuaca panas menyebabkan kami agak cepat keletihan. Dipahamkan zizul berhenti byk kali akibat kekejangan otot.. huhu nk kena bykkan lagi kayuhan memanjat bukit tu bang..
Sampai di McDonnal aku call yus.. dia mintak kitaorang jalan dulu sbb dia baru sampai dan sedang makan.. kesian ko yus..tapi semangat masih kental..syabas buat yusri dan gerry. Aku teruskan memanjat bukit yg tinggi dari bulatan hingga ke puncak.. fuhhh berhenti dua kali jugak nk sampai puncak.. tak nak paksa sangat takuk cramp... langsung tak boleh kayuh nanti.. lepas tu melayan downhill sejauh 16km seorang diri.. lama pulak rasanya nak sampai parking ni...


Cramp di garisan penamat... spray bang jangan xspray..

Spray yg maksudkan

"Aku cramp byk kali" luahan abg baju merah.. "hahaha" jwb abg baju hijau

TFS 700 akan beraksi lagi utk next ride

Mana si yus ni...

Gua sampai!! Yeehaaaaaa!!

"Minum air gunung skali..." katanya


63km jauh keseluruhan perjalanan

Yus peseta terakhir sampai dan kami pon berkemas dan beredar ke destinasi masing2. Sehingga berjumpa lagi di kayuhan akan datang.

Akhir kata

Piece to BeskalMadu

2 comments:

  1. Tu..dia yus, minum x agak2... syabas kepada semua..

    ReplyDelete
  2. ingat dekat, berejam jugak aku nak sampai ke garisan penamat..apa2 hal best ride kali ni..

    ReplyDelete